image

MOHAMAD AMIN BIN HAMAT

PENGARAH POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, saya melahirkan rasa kesyukuran dengan terlaksananya Karnival Majlis Sukan Politeknik Malaysia (Karnival MSPM) yang ke-14 bagi tahun 2011. Pertamanya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih pada Majlis Sukan Politeknik (MSP) kerana telah memberi sepenuh kepercayaan kepada Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak (PSAS) untuk menjadi penganjur arnival Sukan Politeknik ini. Kepercayaan yang tergalas ini merupakan satu kekuatan kepda seluruh jawatankuasa untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh dalam menjayakan kejohanan di peringkat politeknik yang membabitkan barisan atlet dari seluruh politeknik tanah air.

Karnival MSPM ini dianggap sebagai platform terbaik didalam usaha melahirkan modal insan berkualiti dan seimbang, sekaligus dapat melahirkan atlet yang berprestasi tinggi selaras dengan matlamat Dasar Pembanggunan Sukan IPT. Di dalam keghairahan setiap pasukan bertanding, ini secara tidak langsung menjadikan perkembangan sukan yang begitu hebat yang diyakini dapat memberi sumbangan dalam melahirkan atlet politeknik yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akedemik, bahkan ia dapat mmbentuk atlet yang bertanggungjawab, berdidiplin serta mempunyai jati diri yang kuat sebagai modal insan berkualiti.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada pihak MSP, warga PSAS dan semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini. Saya berharap agar para atlet dapat bersaing secara sihat dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang Karnival MSPM in berlangsung. bagi pihak tuan rumah, PSAS akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan perjalanan dan kelancaran karnival ini ditahap yang terbaik dan membanggakan.

Sekian, wassalam.