clip_image002

MEJAR (K) HJ. MD NOR BIN YUSOF

KETUA PENGARAH

JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK,

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA.

Assalamualaikumwrt. Wbt. Dan Salam Sejahtera

Terima kasih saya ucapkan kepada Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Majlis Sukan Politeknik (MSP), Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Persatuan-persatuan Sukan dan individu yang telah menyumbang kepada kejayaan Karnival Sukan Majlis Sukan Politeknik Malaysia Kali Ke XIV dan Seminar Pembangunan Sukan Politeknik Malaysia 2011 ini.

Karnival dan seminar ini merupakan satu titik sejarah bagi Jabatan Pengajian Politeknik demi memartabatkan sukan bola jaring, bola tampar, ping pong, futsal, sepak takraw dan badminton di kalangan pelajar, pegawai dan staf Institut Pengajian Tinggi Malaysia khasnya dan Malaysia amnya. Majlis Sukan Politeknik telah melantik Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) sebagai penggerak dalam penganjuran karnival dan seminar ini yang melibat pembabitan pelajar serta staf. Kepercayaan dan pemilihan Politeknik Sultan Azlan Shah sebagai penganjur karnival dan seminar amat berprestij ini adalah selari dengan Dasar Pembangunan Sukan IPT (DPSIPT) bagi melahirkan ‘the thinking ahletes’.

Karnival dan seminar ini bakal menilai semangat kesukanan dan kesabaran kepada semua wakil kontingen politeknik Malaysia. Saya mengharapkan karnival dan seminar ini akan menjadi gelanggang terbaik bukan sahaja tempat mempamerkan semangat dan kesungguhan para peserta tetapi menggalakkan penglibatkan atlet sukan secara lebih kompetetif serta berupaya menyahut permintaan masyarakat dalam amalan bersukan dan mengukuhkan pengurusan yang lebih professional terhadap sukan khususnya di politeknik.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Bertanding kepada semua Ketua Kontingen, pengurus pasukan, jurulatih dan atlet-atlet yang terlibat. Semoga kerjasama yang terbina melalui sukan mahupun pendidikan dapat kita pertingkatkan melalui karnival dan seminar ini.

Wassalam.