Terdapat 3 lokasi (venue) berbeza bagi acara – acara yang akan dipertandingkan semasa MSPM ke-14 PSAS. Sehingga ke hari ini (16/11/2011) antara lokasi yang telah ditetapkan mengikut acara adalah seperti berikut:

1) Gelanggang Sukan di Politeknik Sultan Azlan Shah
Acara sukan yang akan diadakan di sini termasuk:

1) Bola Tampar                 (Gelanggang Bola Tampar)

2) Ping Pong                    (Dewan Serbaguna)

3) Sepak Takraw              (Pusat Sukan)

4) Futsal                          (Gelanggang Futsal)

 

2) Kompleks Sukan Proton Tanjong Malim
Terletak bersebelahan Kilang Proton Tanjong Malim, Kompleks ini mempunyai trek balapan, padang bola, gelanggang badminton, squash dan bola tampar. Ia menjadi tempat pilihan orang ramai untuk mengadakan aktiviti-aktiviti seperti sukan tahunan dan acara-acara sukan yang lain. Acara yang bakal berlangsung di sini adalah:

1) Majlis Perasmian Penutup (Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Proton)

2) Badminton

 

3) Universiti Pendidikan Sultan Idris

Merupakan salah satu institusi pengajian tinggi di Tanjung Malim, ianya terletak di tengah bandar Tanjung Malim. Dengan anggran jarak 12km dari PSAS, banyak kemudahan sukan dan rekreasi disediakan untuk penuntut institusi ini, juga untuk penyewaan oleh pihak luar. Acara sukan yang bakal diadakan di sini adalah:

1) Bola Jaring